Tips : Merangupkan Kentang Goreng

Selepas dikupas kulitnya, basuh dan potong sebelum gaulkan kentang dengan garam secukupnya sehingga rata.

Kemudian masukkan kentang itu ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan antara satu dan dua jam hingga kentang kering.

Selepas itu gorenglah kentang menggunakan minyak yang banyak di atas api sederhana agar betul-betul rangup. Ia pasti rangup seperti yang dibeli dari kedai makanan segera.

No comments: