Ketupat Sotong versi Kelantan

1kg Sotong sederhana besar, dicabut kepala, buangkan dakwat dan giginya)
1 - 1 1/2cawan Beras pulut, dicuci dan toskan
3 - 4 sudu Pati santan untuk digaulkan dengan pulut
Santan secukup kegunaan (untuk merebus ketupat)- jangan terlalu pekat atau
cair (agak2 dapat tenggelamkan sotong)
Garam secukup rasa
Gula kerek (nisan) atau gula melaka
Pencungkil gigi/lidi yang ditajamkan

Cara-cara
  • Gaulkan pulut dengan pati santan dan secubit garam
  • Sumbatkan ke dalam perut sotong, jangan sampai penuh, cukup 1/2 atau 3/4
  • sahaja.
  • Tutupkan dengan kepala sotong dan pinkan dengan pencungkil gigi atau lidi yang ditajamkan.
  • Masukkan dalam periuk dan tuangkan santan. Masak atas api sederhana hingga pulut masak. (agak-agak laa).
  • Baru ditambah sedikit garam dan gula kerek/melaka. Awas semasa memasukkan garam, sebab garam dan campur dalam pulut, takut nanti kuah akan jadi masin. Cukup sekadar untukmelemakkan kuah sahaja.
  • Teruskan memasak mengikut citarasa yang diinginkan.
  • Lebih sedap sekiranya kuahnya dah pekat atau dah naik minyak, agak manis tetapi sotongnya liat sedikit. Tak perlu menggunakan serbuk perasa.

Nota:

Untuk ketupat sotong terengganu, tambahkan halia, bawang merah dan bawang putih yang dimayang, serai dan halba. Tidak dimasak lama sepertimana ketupat sotong versi kelantan. Kuahnya agak cair, tidak terlalu manis dan rasa lemak. Sotongnya pun tidak liat.

No comments: