1 kilo beras
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu makan garam
serbuk perasa
air paras sukatan beras
minyak untuk menumis
Bahan untuk Sos
15 batang lada merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula
Bahan untuk Ayam Goreng Madu
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
air untuk rebus secukupnya
minyak untuk menumis
Untuk dikisar
1 ibu jari hali
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
Bahan untuk Ayam Goreng Ketumbar
1 ekor ayam, dipotong kecil
2 sudu makan pes halia
2 sudu makan pes bawang putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan halus
kunyit serbuk secukupnya
garam secukup rasa
Bahan untuk Ayam Rebus Style Hainan
1 ekor ayam
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus ayam
Cara-cara
Nasi Ayam
- Panaskan minyak dalam periuk nasi.
- Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar.
- Tumis sehinnga naik bau, masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata.
- Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak.
Sos
- Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula.
- Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi.
- Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.
Ayam Goreng Madu
- Bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor.
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih.
- Masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya.
- Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan.
- Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam.
- Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak.
- Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya.
- Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.
Ayam Goreng Ketumbar
- Gaul kesemua bahan-bahan diatas dan goreng ayam sehingg garing. Jika ingin ayam goreng yang bersalut tepung garing macam KFC gitu.
- Selepas gaul rata bahan-bahan diatas boleh taburkan tepung beras secukupnya untuk menyalut ayam dan kemudian digoreng sehingga garing.
Ayam Rebus Hainan
- Bersihkan ayam dan dibasuh dengan air garam, jangan dipotong biarkan ia seekor.
- Kemudian gantung ayam untuk dikeringkan seketika.
- Masak air dalam periuk besar (air mesti cukup untuk tenggelamkan ayam) sehingga ia mendidih.
- Masukkan ayam dan kecilkan api dan rebus ayam untuk 40 minit. Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak.
- Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap so pandai-pandai untuk agak. Jika tidak berdarah lagi boleh angkat ayam dan gantung untuk toskan airnya.
- Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur.
- Potong ayam macam jual kat kedai.
- Tuangkan sedikit kicap cair dan minyak bijan atas ayam dan hidangkan bersama nasi ayam.
- Gunakan air rebusan ayam untuk Ayam Goreng Madu ataupun Ayam Rebus Style Hainan. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa.
- Taburkan daun sup dan bawang goreng. Fuhhh terantuk. Itulah supnya.
Nota: Kepada yang suka, air rebusan ayam boleh juga digunakan untuk masak nasi. Ini terpulang pada individu. Sup Nasi Ayam juga sedap kalau letakkan kaki ayam dan leher ayam, kepada yang suka. Boleh juga menyediakan Sayur Chap Chai untuk dimakan bersama Nasi Ayam.
No comments:
Post a Comment