Showing posts with label Kelate. Show all posts
Showing posts with label Kelate. Show all posts

Ketupat Sotong versi Kelantan

1kg Sotong sederhana besar, dicabut kepala, buangkan dakwat dan giginya)
1 - 1 1/2cawan Beras pulut, dicuci dan toskan
3 - 4 sudu Pati santan untuk digaulkan dengan pulut
Santan secukup kegunaan (untuk merebus ketupat)- jangan terlalu pekat atau
cair (agak2 dapat tenggelamkan sotong)
Garam secukup rasa
Gula kerek (nisan) atau gula melaka
Pencungkil gigi/lidi yang ditajamkan

Cara-cara
  • Gaulkan pulut dengan pati santan dan secubit garam
  • Sumbatkan ke dalam perut sotong, jangan sampai penuh, cukup 1/2 atau 3/4
  • sahaja.
  • Tutupkan dengan kepala sotong dan pinkan dengan pencungkil gigi atau lidi yang ditajamkan.
  • Masukkan dalam periuk dan tuangkan santan. Masak atas api sederhana hingga pulut masak. (agak-agak laa).
  • Baru ditambah sedikit garam dan gula kerek/melaka. Awas semasa memasukkan garam, sebab garam dan campur dalam pulut, takut nanti kuah akan jadi masin. Cukup sekadar untukmelemakkan kuah sahaja.
  • Teruskan memasak mengikut citarasa yang diinginkan.
  • Lebih sedap sekiranya kuahnya dah pekat atau dah naik minyak, agak manis tetapi sotongnya liat sedikit. Tak perlu menggunakan serbuk perasa.

Nota:

Untuk ketupat sotong terengganu, tambahkan halia, bawang merah dan bawang putih yang dimayang, serai dan halba. Tidak dimasak lama sepertimana ketupat sotong versi kelantan. Kuahnya agak cair, tidak terlalu manis dan rasa lemak. Sotongnya pun tidak liat.

Nasi Berlauk

Nasi Berlauk adalah di antara hidangan sarapan pagi orang Kelate. Basically, it's nasi putih dengan gulai ikan tongkol kuning atau lebih dikenali sebagai Gulai Kunyit Lengkuas. Dihidangkan bersama sambal cili.

1 ekor ikan tongkol
1 biji timun
3 biji lada hijau
1/2 biji kelapa-ambik santan

Bahan A

1 inci lengkuas
1 inci kunyit
3-4 biiji bawang merah
1 ulas bawang putih
15 biji cili api

Cara-cara
Nak lebih sedap, seelok-eloknya ikan direbus dahulu. Buat sebelum nak tidur, so that pagi esok dah boleh makan untuk breakfast.
  • Ikan direbus bersama 2 keping asam gelugur + sedikit garam + sedikit cuka. Rebus sehingga ikan lembut.
  • Masukkan Bahan A yang telah dikisar kedalam periuk berisi santan. Masak sehingga santan mendidih.
  • Masukkan ikan beserta kuah rebusan ikan. Biar seketika sehingga kuah sedikit pekat.
  • Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijau. Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Siap.

Sambal Cili
6 biji cili merah
Sedikit Cuka
Gula
Garam

  • Tumbukkan cili dan tambahkan sedikit cuka,gula dan garam.

Laksam


Breakfast ari ni buat laksam pulak. Kuah terpekat sikit, ikan lebih. Sambal lak kurang pedas dan masam. Resipi dari http://myresipi.com. Untuk 2-3 orang makan.

3cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
4cwn air suam

Bahan kuah
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh

Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula

Bahan ulam

timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

Cili
cili merah
belacan
garam
limau/cuka


Cara-cara

Laksam
  • Gaulkan semua bahan-bahan.
  • Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk.
  • Kukus sampai masak.
  • Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik.
  • Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak.
  • Ulang sampai habis
Kuah
  • Kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
  • Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain.
  • Masak sehingga agak pekat.
Cili
  • Cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Ayam Percik Kelantan

One of MDH's favourite. Found this recipe on mesra.net.Looks easy enough for someone like me whose cooking experience is at the beginners stage. :)Must get MIL's yummy Ayam Percik recipe.

1 ekor ayam
1 mangkuk kecil santan (sebiji kelapa)
1 batang serai

Bahan A
1 batang serai
3 ulas bawang putih
1 cm halia

Bahan B
1 cm halia
3 biji cili kering
1 biji bawang merah

Cara-cara
  • Tumbukkan Bahan A dan gaulkan ayam bersama bahan tadi.
  • Perap ia, sementara itu tumbukkan Bahan B.
  • Selepas itu panaskan periuk dan panaskan santan dan masukkan Bahan B ke dalam santan. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian bakar ayam yang telah di perap tadi ke dalam ketuhar.
  • Jika ayam tadi kelihatan hampir masak renjiskan Bahan B yang telah di masak tadi dengan serai. Selepas kering sedikit renjiskan Bahan B tadi sekali lagi. Lepas tu angkat dan lebihan kuah percik(Bahan B) tadi di lumurkan pada ayam yang telah masak.